My Blog

Just another WordPress.com weblog

Alkitab Bahasa Melayu Online

Adakah anda menghadapi kesukaran mencari alkitab versi Bahasa Malaysia online mahupun hardcopy? Saya pun mengalami masalah yang sama. Saya hanya mempunyai Alkitab versi Bahasa Indonesia di rumah. Alkitab Indonesia digunakan dengan lebih meluas berbanding versi Bahasa Malaysia. Kadangkala saya akan menjumpai beberapa perkataan yang tidak difahami dalam bahasa Indonesia. Kebiasaannya, saya akan merujuk kepada alkitab Bahasa Inggeris untuk memahami maksud ayat tersebut.

Sebenarnya terdapat alternatif lain untuk mengatasi perkara ini. Anda boleh memuat turun alkitab bahasa malaysia yang boleh dibuka offline daripada laman web yang tertera di bawah.

site( http://www.sabda.net/) you can download a software that can open bibles offline. For free!

Hanya pergi ke laman web tersebut dan muat turun program SABDA. Selepas itu hanya installkannya. Seterusnya, pergi ke modul alkitab dan muat turunkan Alkitab BM(Today’s Malay Version). Installkannya dan terus boleh digunakan. Prosesnya amat mudah dan ringkas.

Sekiranya mempunyai masalah dalam menginstall program atau menggunakannya anda boleh merujuk kepada arahan yang terdapat pada laman web tersebut. Semua arahan telah diberikan dengan lengkap. Terdapat banyak lagi versi alkitab, komentari, dan buku-buku lain yang boleh dimuat turun daripada laman web tersebut dengan percuma.

7 Comments »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.